Temui kebebasan kehidupan dengan NEWS Bike Rental. Nikmati motosikal setup touring kami dan rasai tiupan angin semula jadi sambil melihat pemandangan menakjubkan. Setiap perjalanan menjanjikan pengembaraan unik dan menyeronokkan.
Sewa motosikal dengan kami untuk meneroka destinasi yang menakjubkan. Mari mulakan perjalanan dengan NEWS Bike Rental.
Cadangan untuk memulakan bisnes sewa motor ini bermula pada hujung tahun 2023, hasil daripada keinginan yang semakin kuat seiring umur menghampiri angka 30. Impian untuk menjelajah dunia, menikmati keindahan alam dan budaya, seringkali terhalang oleh kekangan bajet dan komitmen untuk membeli motosikal berkuasa tinggi. Oleh itu, kami memulakan perjalanan ini dengan motosikal yang mampu milik dan merancang pengembaraan bagi merasai pengalaman sebagai seorang pengembara motor dengan setup touring.
Tujuan utama penubuhan NEWS Bike Rental adalah untuk memberi peluang kepada individu lain yang mungkin tidak berkesempatan atau berkemampuan untuk mengalami keseronokan dan kebebasan mengembara. Kami ingin membantu mereka melupakan seketika kesibukan hidup dan keserabutan minda, membolehkan mereka merasai sendiri keindahan jalan raya terbuka dengan motosikal yang disewa.
Dengan ini, kami berharap dapat membuka peluang pengembaraan kepada lebih ramai orang, membawa mereka lebih dekat kepada impian dan kebebasan yang mereka idamkan.